Jangankan Lelaki Biasa
Nabi Pun Terasa Sunyi Tanpa Wanita
Tanpa Mereka, Fikiran Dan Perasaan Lelaki Akan Sesak
Tercari-Cari Walaupun Ada Segalanya
Apa Yang Tidak Ada Didalam Syurga
Namun Adam Tetap Rindukan Hawa
Pada Wanitalah Lelaki Memanggil Ibu, Isteri Mahupun Puteri
Dijadikan Wanita Dari Tulang Yang Bengkok
Untuk Diluruskan Oleh Seorang Lelaki
Namun Mana Mungkin Kayu Yang Bengkok
Dapat Menghasilkan Bayang Yang Lurus
Luruskanlah Wanita Dengan Mengajar Nilai Kasih Sayang Allah S.W.T
Didiklah Mereka Dengan ‘Inayah Dan Panduan Dari Allah S.W.T
Janganlah Didik Mereka Dengan Cintakan Harta
Kerana Harta Akan Mengikat Mereka Pada Dunia Yang Sementara Ini
Jangan Hiburkan Mereka Dengan Kecantikan
Kerana Hati Akan Semakin Menderita Penyakit Hawa Dan Nafsu
Ingatlah… Nikmat Yang Sementara Ini Tidak Menyelesaikan Masalah
Kenalkanlah Mereka Dengan Pencipta… Allah Yang Kekal
Disitulah Punca Kekuatan Dunia
Wanita…
Akalnya Senipis Rambut… Maka Tebalkanlah Ia Dengan Ilmu
Hatinya Serapuh Kaca… Maka Kuatkanlah Ia Dengan Benteng Keimanan
Perasaannya Selembut Sutera… Maka Hiasilah Ia Dengan Akhlak Yang Indah
Suburkanlah Cintanya Pada Allah Yang Terutama
Lihat Dan Nilailah Akan Keadilan Tuhan
Bisikkanlah Ke Telinga Mereka
Bahawa Kelembutan Yang Dikurniakan Bukan Satu Kelemahan
Ia Bukan Diskriminasi Tuhan
Sebaliknya Disitulah Bukti Kasih Sayang Tuhan
Wanita…
Yang Lupa Akan Kejadiannya
Pasti Tidak Terhibur Dan Menghiburkan
Tanpa Ilmu, Iman Dan Akhlak
Mereka Tidak Akan Lurus
Tapi Terus Membengkok
Itulah Akibatnya, Andai Wanita Tidak Kenal Tuhan
Bila Wanita Derhaka
Dunia Lelaki Akan Huru Hara
Lelaki Pun Janganlah Mengharapkan
Ketaatan Dan Kesempurnaan
Sebaliknya Binalah Kepimpinan
Pastikan Sebelum Memimpin Wanita Menuju Ilahi
Pimpinlah Dahulu Diri Sendiri
Jinakkan Dirimu Dengan Rumah Allah Dan Ilmiah
Nescaya Akan Jinaklah Segalanya Dibawah Pimpinan Allah
Janganlah Mengharapkan Isteri Semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra